Coach Airways, Melaka - Shopping Beg Tangan Mewah Dalam Kapal Terbang Pertama Di Dunia!
TRAVELSebut saja jenama Coach mesti ramai membayangkan koleksi handbag serta pakaiannya yang eksklusif dan mewah.
Maka tidak hairanlah sekiranya peminat barangan berjenama itu sanggup menyimpan duit untuk mendapatkan koleksi beg tangan terbaharu mereka walaupun harganya mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.
Tetapi tahukah anda bahawa kini Coach bukan sahaja mempunyai butik-butik mewah mereka di pusat beli-belah terkemuka negara, bahkan terbaharu jenama mewah yang berasal dari Amerika Syarikat itu turut membuka sebuah butik di Freeport A'Famosa Outlet, Melaka.
Menariknya, butik Coach di sana bukan biasa-biasa tau! Sebaliknya butik mereka adalah di dalam sebuah pesawat Boeing tau! Gempak, kan!!
Butik tersebut diberi nama sebagai "Coach Airways" dan mencuri ramai perhatian kepada orang ramai yang melalui Jalan Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Disebabkan butik yang luar biasa itu, kini Coach tampil menjadi jenama pertama yang menggunakan konsep butik dalam kapal terbang pertama di dunia.
Jika dilihat dari luaran pun nampak kapal terbang tersebut sangat besar. Sudah tentu hiasan dalaman juga bakal memukau mata sesiapa yang masuk ke Coach Airways ni.
Pengalaman 'Naik' Kapal Terbang Sambil Membeli Belah
Pengalaman masuk ke Coach Airways ni memang 'sebijik' macam naik kapal terbang yang sebenar.
Ramai pelanggan dari dalam dan luar Melaka yang tak mahu lepaskan peluang bergambar serta membeli belah di butik Coach Airways di dalam kokpit kapal terbang ni.
@babyaireenss Lurveee 😍 #coachairwaysmelaka #coachmalaysia #coachairways ♬ What It Is (Block Boy) - Doechii
Siap diberi tiket masuk seperti boarding pass dan apabila masuk ke pintu utamanya, anda akan diberi peluang 'menerbangkan' sendiri flight Coach Airways ni yang direplika dari kokpit pesawat sebenar.
Coach Airways mempunyai 4 seksyen berlainan iaitu yang pertama ruang untuk pelanggan bergambar, kemudian masuk ke seksyen kedua adalah ruang barangan butik, seksyen ketiga barangan outlet dan seksyen terakhir merupakan sebuah kafe.
@fida_nazir Let’s go!! #coachmalaysia #coachairways #coachioimallputrajaya #coachoutlet #freeportafamosaoutlet ♬ original sound - Dayang.N
Mereka yang gemarkan barangan jenama tersebut semestinya teruja apabila masuk ke Coach Airways kerana terdapat barangan butik dan outlet dalam sebuah butik. Anda tak perlu lagi pergi ke tempat berasingan.
Rata-rata netizen teruja apabila melihat Coach Airways ni dalam media sosial, malah ramai menyangkakan ia sebuah restoran yang dibina dalam kapal terbang.
Min pun fikir nak ke sini lepas dapat dua bulan gaji nanti. Tak sabar nak bergambar dalam Coach Airways sambil pakai beg Coach dan post gambar kat Instagram.