ETS 2 Bakal Mempunyai Koc Business Class – KTMB

TERKINI
September 18, 2019 - 11:34 AM


Menurut kenyataan media Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), mereka akan memperkenalkan koc kelas perniagaan atau business class bagi perkhidmatan ETS 2 bermula bulan depan ( Oktober ).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsuddin, koc kelas perniagaan ini diadakan bagi memenuhi kehendak pengguna yang inginkan keselesaan ketika dalam perjalanan.

Difahamkan, koc business nanti akan memiliki ruang tempat duduk yang lebih selesa dan luas selain akan mempunyai pelayan khas. Selain itu, antara kemudahan yang ditawarkan di koc kelas perniagaan adalah kit kembara, slot USB serta perkhidmatan Video – on – demand (VOD).

Sempena pengenalan koc kelas perniagaan ini, harga tiket untuk tempat duduk di koc berkenaan akan ditawarkan secara promosi iaitu RM50 untuk dewasa bagi pejalanan sehala antara KL Sentral ke Ipoh manakala RM112 bagi perjalanan sehala KL Sentral ke Padang Besar, Perlis.

Promosi ini sebenarnya telah mula ditawarkan sejak 12 September lalu dan ianya adalah untuk perjalanan daripada 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.

Selain itu, untuk warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak – kanak berusia empat hingga 12 tahun pula akan layak menerima diskaun konsesi. Tiada bayaran akan dikenakan kepada kanak – kanak berumur antara satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk).

Sumber : KTMB