Penerbangan Terus Brunei-Sandakan, Mulai 28 Oktober Depan!

TERKINI
September 26, 2019 - 03:32 PM


Mulai 28 Oktober depan, Syarikat Penerbangan Royal Brunei akan menyediakan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan.

Ia sekaligus menjadi penerbangan antarabangsa pertama bagi Lapangan Terbang Sandakan, Sabah.

Terdapat 6 penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan pada setiap minggu, kecuali Khamis.

Pada Isnin, Jumaat dan Ahad, penerbangan itu akan berlepas dari Sandakan pada 3.05 petang manakala Selasa, Rabu dan Sabtu ialah pada 8.35 malam.

Pembukaan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan akan memudahkan penumpang dari Sandakan untuk transit di Brunei sebelum ke London, Australia, Jepun, China dan lain-lain destinasi.

Dengan penerbangan tersebut, ia dijangka bakal membawa lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Sandakan serta mampu merancakkan industri pelancongan tempatan.

Sumber: Bernama

Destination: