Jom Meriahkan Festival Seni Selat Melaka 2019

TRAVEL
October 18, 2019 - 12:00 PM


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) akan menganjurkan sebuah Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang akan bermula hari ini (18 Oktober ) sehingga 20 Oktober di perkarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka.

Berlangsung selama 3 hari, FSSM 2019 ini membawa tema ‘Selat Melaka, Warisan Nusantara’ dan ia sudah tentu akan mengetengahkan pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan budaya, warisan, pelancongan, keusahawanan dan macam – macam lagi aktiviti yang semestinya menarik.

Kalau anda ke Melaka pada hujung minggu ini, pada hari Sabtu (19 Oktober) bakal diadakan Showcase Warna – Warni Selat Melaka, Pencarian Bakat Muda, Bazaar dan pelbagai lagi pengisian yang semestinya meriah.

Malam Gala Selat Melaka pula bakan diadakan pada malam yang sama yang mana ianya adalah acara kemuncak dan juga acara perasmian yang bakal diadakan pada jan 8.30 malam sehingga 10.45 malam.

Malam Gala ini adalah acara persembahan seni budaya Selat Melaka yang disusun dan digarap berkonsepkan muzikal dalam Kota Melaka. Malam Gala ini akan menggabungkan kesenian dondang sayang, berbalas pantun serta persembahan muzik cak lempong serta pelbagai lagi persembahan yang turut dimeriahkan oleh JKKN Negeri Sembilan.

Nota Editor : Kalau ada di Melaka hujung minggu ini korang patut ada di FSSM 2019. Rugi kalau tak pergi.

Destination: