2 Tahun Tanpa Persembahan Fizikal, Rainforest World Music Festival Kembali Gegar Sarawak Jun Ini!

TERKINI
April 14, 2022 - 03:10 PM


Selepas 2 tahun sunyi tanpa persembahan fizikal, akhirnya peminat dan penggemar muzik Rainforest World Music Festival (RWMF) bakal mengubati kerinduan mereka apabila Kampung Budaya Sarawak membuka gelanggang persembahan selama 3 hari.

Festival muzik terkenal dunia yang menjadi ikonik pelancongan Sarawak itu membuat kemunculan semula secara fizikal yang dinanti-nantikan selepas sekatan Covid-19 bermula 17 hingga 19 Jun 2022 ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pemuzik dari Kanada, India, Amerika Syarikat, Finland dan Mexico adalah antara penghibur antarabangsa yang akan membuat persembahan pada festival tersebut.

Penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan oleh pemuzik berbakat Sarawak seperti Alena Murang, Kemada, Sang Rawi, At Adau, Tuku Kame, Suk Binie', Nading Rhapsody dan Mathew Ngau.

Penjualan tiket tawaran awal (early bird) untuk konsert secara fizikal akan bermula pada 18 April dan boleh didapati di rwmf.net

Kategori tiket terdiri daripada :

- Pas satu hari dewasa (RM150)

- Pas tiga hari dewasa (RM375)

- Pas satu hari kanak-kanak (RM80)

- Pas tiga hari kanak-kanak (RM155)

- Pas pakej keluarga satu hari bagi dua dewasa dan dua kanak-kanak (RM400)

Sementara itu, tiket untuk persembahan secara maya yang bernilai RM25 juga boleh dibeli
menerusi rwmf.net

Destination: