7 Kawasan Di Hulu Langat Jalani Perintah PKPD Hingga 13 April 2020

TERKINI
March 30, 2020 - 06:53 AM


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan beberapa hari lalu di Simpang Renggam berikutan 61 orang penduduknya yang dikesan positif wabak Covid-19.

Susulan PKPD tersebut, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kawasan terjejas tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan rumah didiami mereka sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah tersebut.

Imeh via Berita Harian

Difahamkan, penduduk tempatan dan pelawat juga sama sekali tidak dibenarkan memasiki kedua – dua kawasan berkenaan ketika ini.

Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.

PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.

Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi... 

Destination: