AirAsia Tawar Jualan Istimewa 3 Hari, Tiket Domestik Serendah RM12 Sehala!

TERKINI
December 07, 2020 - 03:23 PM


Memandangkan bermula hari ini (7 Disember 2020), Kerajaan telah membenarkan perjalanan rentas negeri di seluruh negara -- syarikat penerbangan tambang murah AirAsia turut menyambut baik berita tersebut dengan mengadakan jualan tiket murah selama 3 hari untuk penerbangan domestik!

Jualan murah yang bermula hari ini, 7 Disember hingga 9 Disember itu bermula daripada tambang RM12 sehala untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.

Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi, dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi. Baru-baru ini, kami telah mengumumkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

AirAsia juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November.

Bagi mereka yang telah menebus e-voucher tersebut, ini adalah peluang terbaik untuk menggunakannya.

Untuk maklumat terkini mengenai syarat dan keperluan kemasukan ke Sabah dan Sarawak, sila layari halaman Keperluan Perjalanan AirAsia.

Sumber: AirAsia

Destination: