Bantuan Prihatin Nasional Anda Tak Lulus Atau Belum Pernah Mohon? Cepat Lakukannya Sebelum 30 April

TERKINI
April 27, 2020 - 05:25 PM


Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) anda TIDAK LULUS? Atau anda masih belum membuat sebarang permohonan?

Jangan risau, anda masih mempunyai masa sehingga 30 April ini untuk membuat permohonan baharu dan rayuan menerusi portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, mana-mana isi rumah atau individu bujang yang memenuhi kriteria ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus BPN boleh berbuat demikian dengan kadar segera sehingga hujung bulan ini.

Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020 dan jika ia diluluskan bayaran secara sekaligus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui laman Facebook dan Twitter LHDN.

Sumber: Bernama

Destination: