Bekas Hotel Tertinggi Di KL, Kini Jadi 'Rumah Prihatin' Bantu Rakyat Terkesan

PANAS
July 08, 2021 - 07:38 PM


Adakah anda masih ingat dengan Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang yang pernah dinobatkan sebagai hotel tertinggi di Kuala Lumpur, namun malangnya ia telah menghentikan operasi sejak 28 Februari 2019 akibat cabaran kewangan?

Kini bangunan hotel tersebut bakal dijadikan sebagai "[email protected]" iaitu pusat kediaman berkonsepkan hotel kebajikan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 khususnya golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

[email protected] akan dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini di premis Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang yang berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

[email protected] bakal menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Lima komponen utama diwujudkan di rumah prihatin itu iaitu :

1. Dapur Prihatin (penyediaan makanan percuma sehingga 1,000 pek sehari)

2. Bilik Penginapan Prihatin (300 bilik pada harga minimum)

3. Khidmat Kesihatan Mental Prihatin iaitu penyediaan khidmat kaunseling kepada individu terkesan Covid-19

4. Khidmat Vaksinasi Prihatin (perkhidmatan vaksinasi dengan kapasiti 800 orang sehari).

5. Pusat Gerakan Jejak Prihatin iaitu pusat bagi Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.yayasanwp.org/rumahprihatin atau e-mel ke [email protected] atau hubungi helpline di talian 011-7110 7898.

Sumber: UTUSAN

 

Destination: 
Artikel berkaitan