Ini 20 Mall Di Lembah Klang, Yang Buka Kedai Tertentu Sahaja Untuk Korang Beli Barang Keperluan

TERKINI
March 18, 2020 - 12:37 PM


Bermula hari ini sehingga hujung bulan, orang ramai dikehendaki untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Namun, mereka masih dibenarkan untuk keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan harian di pasar raya atau melakukan sebarang urusan penting dan mendesak.

Berikut adalah senarai pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang yang masih dibuka untuk orang ramai membeli barangan keperluan mereka dan menyelesaikan urusan harian yang penting:-

1. 1 Utama Pusat Beli-Belah @ Petaling Jaya (BUKA)

Pusat beli-belah terkenal di Petaling Jaya, Selangor ini akan tetap beroperasi seperti biasa namun hanya terhad kepada pembukaan pasaraya, bank, kedai telekomunikasi, kedai serbaneka, klinik dan pejabat pos sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 31 Mac.

Kedai-kedai makanan dan minuman juga dibuka untuk hanya penghantaran dan pengiriman. Bagaimanapun, makan di kedai adalah tidak dibenarkan.

2. 3 Damansara @ Petaling Jaya (BUKA)

Perkhidmatan yang tidak diperlukan dan perniagaan swasta akan ditutup buat sementara waktu di 3 Damansara, Petaling Jaya ini.

Walau bagaimanapun, pasar raya, farmasi dan perkhidmatan lain yang diperlukan beroperasi seperti biasa.

3. Atria Shopping Gallery @ Petaling Jaya (BUKA)

Waktu operasi di pusat membeli-belah ini akan diubah dari pukul 10 pagi hingga 8 malam sahaja, sehingga notis lanjut diberitahu kelak.

4. Berjaya Times Square @ KL (BUKA)

Pusat membeli-belah antara yang terbesar di ibu negara ini juga masih dibuka untuk orang ramai, namun terhad hanya kepada operasi di bank, kedai telekomunikasi, pasar raya, farmasi dan kedai serbaneka sahaja.

5. e @ Curve dan The Curve @ Petaling Jaya (TUTUP)

Kedua-dua pusat membeli-belah ini DITUTUP sepenuhnya buat sementara waktu. Malah semua acara yang telah dijadualkan di situ juga dibatalkan.

6. Empire Shopping Mall @ Subang Jaya (BUKA)

Pusat membeli-belah Empire akan dibuka seperti biasa tetapi hanya melibatkan operasi di pasar raya,  farmasi, kedai serbaneka dan perkhidmatan penting sahaja.

7. IKEA (TUTUP)

Pusat beli-belah kelengkapan rumah yang popular ini DITUTUP sepenuhnya buat sementara waktu.

8. IOI City Mall @ Putrajaya (BUKA)

IOI City Mall di Putrajaya beroperasi seperti biasa dan hanya melibatkan kedai-kedai yang penting serta dibenarkan sahaja.

Manakala restoran juga hanya menyediakan hidangan untuk dibawa pulang oleh pelanggan.

9. Pusat Beli-Belah IPC @ Petaling Jaya (BUKA)

Kebanyakan kedai akan ditutup di IPC, kecuali untuk perkhidmatan penting seperti farmasi, pasaraya, ATM, dan kedai serbaneka.

10. Jumpa @ Sungei Wang (BUKA)

Perniagaan swasta di Jumpa @ Sungei Wang tidak akan dibuka buat sementara waktu, bagaimanapun operasi di pasar raya, farmasi dan perkhidmatan penting lain akan terus dibuka untuk orang ramai.

11. Plaza Low Yat @ KL (TUTUP)

Kesemua kedai di Plaza Low Yat ditutup sepenuhnya buat sementara waktu.

12. Mid Valley Megamall @ KL (BUKA)

Pasar raya, kedai roti, farmasi, kedai optik, bank dan perkhidmatan penting lain akan tetap beroperasi seperti biasa.

Manakala kedai makanan dan minuman yang terpilih sahaja akan dibuka dan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sahaja.

13. MyTOWN Shopping Centre @ KL (BUKA)

Meskipun MyTOWN dibuka namun hanya beberapa restoran terpilih sahaja yang akan dibuka bagi menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, seperti GrabFood dan FoodPanda.

14. NU Sentral @ KL (BUKA)

Pusat beli-belah ini dibuka hanya untuk operasi di pasar raya, kedai serbaneka dan perkhidmatan penting sahaja.

15. Paradigm Mall @ Petaling Jaya (BUKA)

Sepanjang tempoh 14 hari Perintah Sekatan Pergerakan ini, Paradigm Mall akan beroperasi dengan waktu yang baru iaitu dari pukul 11 ​​pagi hingga 8 malam sahaja untuk kedai-kedai terpilih yang dibenarkan.

16. Pavilion KL @ KL (BUKA)

Pasar raya, kedai serbaneka, bank, kedai telekomunikasi di Pavilion akan beroperasi seperti biasa.

Sementara kedai makanan dan minuman yang terpilih pula hanya akan dibuka khusus untuk servis penghantaran sahaja.

17. Subang Parade @ Subang Jaya (BUKA)

Subang Parade juga masih dibuka hanya untuk pasar raya, farmasi dan kedai serbaneka.

18. Sunway Putra Mall, Sunway Velocity, dan Sunway Pyramid (BUKA)

Kedai serbaneka, klinik, mesin ATM, dan pasar raya antara perkhidmatan penting lain yang akan tetap dibuka dan beroperasi seperti biasa di kesemua cawangan pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Sunway.

19. Suria KLCC @ KL (BUKA)

Bermula hari ini hingga 31 Mac, semua kedai di Suria KLCC tidak akan dibuka untuk kunjungan orang ramai melainkan beberapa kedai penting yang dibenarkan.

Pelanggan masih boleh membeli barang keperluan mereka di pasar raya, farmasi dan kedai perkhidmatan penting yang akan terus dibuka setiap hari.

20. Starling @ Petaling Jaya (BUKA)

Kebanyakan kedai di Starling Mall akan ditutup, kecuali Jaya Grocer, farmasi dan Pos Malaysia sahaja!

 

Destination: