MAS Sambung Semula Beberapa Penerbangan Antarabangsa Antara April & Mei Ini

TERKINI
March 31, 2020 - 02:09 PM


Bagi membantu rakyat Malaysia pulang ke pangkuan keluarga mereka di tanah air, Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan menyambung semula beberapa penerbangan antarabangsa antara April dan Mei 2020.

MAB melakukan inisiatif tersebut selepas ramai pelanggan daripada kalangan rakyat Malaysia hingga ke warga asing yang telah menghubungi pejabat global syarikat penerbangan meminta diadakan penerbangan yang kebanyakkannya antara Kuala Lumpur ke Australia dan New Zealand serta ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke London.

Ini kerana mereka menghadapi sekatan perjalanan di kebanyakan negara.

Penerbangan yang disambung semula itu melibatkan laluan KL ke dan dari Auckland, Melbourne, Sydney, Perth, Jakarta dan Guangzhou.

“Sebagai syarikat penerbangan rangkaian, Malaysia Airlines dapat mengekalkan jaringan dan membawa pelanggan kami terus atau paling hampir dengan destinasi yang mereka mahukan.

“Sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan akses kepada Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa dalam tempoh sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail dalam satu kenyataan semalam.

Sumber: Bernama

 

Destination: