Penerbangan Semenanjung Ke Sabah, Sarawak Atau Sebaliknya Adalah Tidak Dibenarkan

PANAS
March 23, 2020 - 12:59 PM


Sebarang pergerakan keluar masuk dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya -- adalah TIDAK DIBENARKAN sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan!

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memberitahu bahawa penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah dilarang sepanjang tempoh berkenaan.

Namun semua pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, iaitu merujuk kepada persoalan sama ada kerajaan merancang untuk memendek atau melanjutkan tempoh perintah itu sepanjang tarikh 18 hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, kementerian itu juga menyatakan TIADA warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kecuali bagi warganegara asing berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini beserta tanggungan mereka.

“Diplomat asing dan tanggungan mereka adalah dibenarkan untuk memasuki dan meninggalkan Malaysia semasa perintah ini berkuat kuasa, dan disyaratkan untuk membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

“Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diplomat (yang menetap di Malaysia) juga adalah dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia, dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia,” jelasnya.

Sumber: Bernama

Destination: 
;