'Belum Menang Dah Buat Pelan Pemulihan'! Sabar..Ini 10 Perkara Yang Korang Kena Tahu!

TERKINI
June 16, 2021 - 12:43 PM


Seperti yang semua sedia maklum, semalam (15 Jun) -- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman secara 'Live' di kaca TV mengenai Pelan Pemulihan Negara yang ternyata mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Ada yang menyokong dan ramai juga yang mengecam dengan menyatakan bahawa "Kita belum menang, tapi dah sibuk dengan Pelan Pemulihan".

Bagaimanapun, itu semua merupakan hak dan pandangan peribadi masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang penting daripada pengumuman itu -- ini antara 10 initipati atau point penting yang perlu korang tahu :-

1) Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar (exit strategy) secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19 dan ia merangkumi 4 Fasa seperti gambar di bawah ini.

2) Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000 kes.

3) Aktiviti sosial, rentas negeri, balik kampung hanya akan dibenarkan pada Fasa 4 selewat-lewatnya hujung tahun ini apabila purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes & 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

4) PKP Fasa Pertama menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19  mula menunjukkan trend melandai dengan 4,949 kes (15 Jun) berbanding 9,020 kes pada 29 Mei 2021. 

5) Keputusan melaksanakan PKP secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak.

6) Tanpa PKP, kes harian COVID-19 akan mencecah lebih 13,000 kes pada hari ini dan seluruh sistem kesihatan akan runtuh. 

7) Kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos semalam (14 Jun) dan akan dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari.

8) Pelan Pemulihan Negara dinamik, perlu penuhi 3 indikator utama untuk bergerak dari Fasa 1 ke Fasa 4.

9) Kesemua SOP fasa-fasa akan diperincikan MKN dalam masa terdekat.

10) Peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung bulan Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian membuatkan kita lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara. 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Destination: