Betul Ke Air Fryer Boleh Menyebabkan K4n$er? Meh Dengar Kata Pakar

TERKINI
March 02, 2021 - 04:54 PM


Air fryer ataupun penggoreng udara sekarang dah menjadi antara peralatan dapur yang mesti ada dalam satu-satu rumah sebab air fryer mampu memasak dengan menggunakan udara panas, dengan itu mengurangkan penggunaan minyak sehingga 80% berbanding dengan menggoreng secara tradisional. 

Tapi baru-baru ini, aku baca ada dakwaan timbul mengatakan yang makanan yang disediakan menggunakan air fryer ini boleh menyebabkan kanser. Betul ke? Jom kita dengar apa kata Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Mohd Rushdan Md Noor.

 Dr Mohd Rushdan kata setakat ini memang tiada bukti yang boleh guarantee penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser dalam badan manusia. Kejadian kanser dalam badan manusia itu bukan satu benda yang mudah, dan sebenarnya sangat kompleks. 

Namun, makanan yang berkanji dan berasaskan tumbuhan macam kentang, roti, bijirin, kopi, dan buah kering kalau dipanaskan melebihi 120 darjah selsius pada jangka masa yang panjang maka boleh menghasilkan satu bahan iaitu acrylamide. Tapi bukan air fryer je boleh hasilkan acrylamide, memanaskan makanan dengan alatan dan cara masakan lain pon sama sahaja. 

So, acrylamide itu boleh menjadi punca kanser ke? Haa, Dr Mohd Rushdan kata kajian pernah memberikan dos berlebihan kepada tikus, dan memang boleh menyebabkan kanser. Tapi jangan takut, sebab belum ada lagi kajian yang dapat buktikan bahawa acrylamide boleh menyebabkan kanser kepada badan manusia. 

Jadi korang jangan risau, lagipun kebaikan yang dibawa oleh air fryer itu jauh lebih banyak daripada keburukan, so teruskan je guna air fryer, tapi sentiasa bersikap sederhana, jangan masak sampai garing-garing, sampai hitam, okay? Terus amalkan gaya hidup yang sihat, dan rendah kalori. 

Sumber: Sinarplus