
COVID-19: 5 Negara Ini Dilarang Untuk Dikunjungi Rakyat Malaysia!
TERKINIFebruary 28, 2020 - 10:13 AM
Akibat penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di seluruh dunia, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke 5 buah negara yang dianggap berisiko tinggi dan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan.
5 negara yang dimaksudkan adalah Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran dan China.
Berdasarkan pemantauan, kesemua negara tersebut didapati telah menunjukkan peningkatan kes yang ketara dalam tempoh seminggu lalu.
Nasihat itu telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman media sosial.
Sehingga pukul 8 pagi hari ini, sejumlah 81,398 kes COVID-19 yang melibatkan 2,770 kematian dilaporkan di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 4 peratus atau 3,200 kes dilaporkan di luar China yang melibatkan 52 kematian.
Kementerian Kesihatan turut mengingatkan khususnya pengembara yang berada di negara-negara itu dan selepas pulang ke Malaysia untuk mengamalkan langkah pencegahan kesihatan diri seperti kerap mencuci tangan, etika batuk yang baik selain segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti deman, batuk dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan.
Selain itu semasa dalam tempoh lawatan, mereka juga diingatkan untuk mengelak daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta elakkan memakan atau minum sebarang produk haiwan yang mentah dan elakkan ke ladang haiwan.
Sumber: Bernama
Destination: