COVID-19: 5,071 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

TERKINI
November 02, 2021 - 03:13 PM


Sejumlah 5,071 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 2,481,339 kes.

Ia mencatatkan peningkatan berbanding semalam (Ahad) dengan sejumlah 4,626 kes direkodkan.

Selain itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kematian berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam adalah sebanyak 63 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 28,975.

Destination: