Demi Sekeping Gambar Viral, Habis Rosak Satu-Satunya Pokok Di Pulau Pelancongan Thailand Ni!
TERKINIDemi sekeping gambar dan content media sosial, pelancong sanggup bersesak untuk bergambar di depan sebatang pokok di Pulau Koh Khai Hua Roh di Thailand.
Lebih menyedihkan adalah pulau kecil itu sebenarnya hanya mampu menampung 5 orang pada satu-satu masa -- namun kini jumlah pengunjung semakin meningkat mendadak.
Oleh itu, kerajaan Thailand kini sedang berusaha menyelamatkan satu-satunya pokok di pulau berkenaan.
Pihak berkuasa memaklumkan -- pulau itu terletak di wilayah Trat hanya mempunyai kelebaran kawasan beberapa meter dan ditampung sepenuhnya oleh akar pokok berkenaan.
Namun, sejak beberapa bulan lalu -- jumlah pengunjung meningkat secara mendadak selepas gambar pokok di pulau itu dirakam seorang pelancong dan viral di Facebook.
"Pokok Xylocarpus rumphii sudah rosak kerana ada pelancong yang memanjatnya untuk bergambar.
"Tindakan itu menyebabkan beberapa pohon sudah patah malah lebih parah akar pokok yang besar di atas batu dipijak berulang kali," katanya.
Pengarah Pusat Pemuliharaan Koh Mak Tambon, Letrob Saithongpu berkata, beberapa dahan pada pokok itu juga sudah bengkok sejak beberapa tahun lalu.
Bagi memastikan kejadian ini tidak berlarutan, kerajaan Thailand melaksanakan beberapa peraturan untuk mengelak pelancong memanjat pokok berkenaan.
Malah, jumlah pelancong juga akan dihadkan bagi mengelak kesesakan di atas pulau itu selain kunjungan hanya dibenarkan pada waktu tertentu saja.