Dikompaun RM 5000 Seorang Akibat Ke Genting Highlands
TERKINISetelah beberapa SOP yang telah dilonggarkan oleh puihak Kerajaan dalam mengadapi fasa endemik COVID-19, majoriti rakyat Malaysia mengambil peluang untuk keluar setelah lama terkurung di rumah. Namun terdapat segelinitir yang tidak patuh pada SOP.
Namun, hanya beberapa lokasi awam sahaja yang dibuka dengan mengikut peraturan dan SOP yang tetapkan oleh pihak kerajaan, selebihnya orang ramai masih lagi memerlukan permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk ke sesuatu lokasi yang berada di luar daerah atau negeri asal.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, individu-individu itu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 58 tahun ditahan di Kilometer 17 Genting Highlands, semalam.
“Mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kesemua yang dikompaun datang dari arah Kuala Lumpur menghala Genting Highlands,” terang beliau.
Menurutnya lagi, kompaun dikeluarkan di bawah peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.
Tambah Superintendan Zaiham, polis akan terus mengambil tindakan tegas ke atas individu yang tidak patuh dan leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber: Berita Harian