Disneyland Bakal Buka Peluang Untuk Anda Menjadi Penduduk Tetap!

TERKINI
February 22, 2022 - 10:38 AM


Taman tema Disneyland bakal membangunkan sebuah komuniti perbandaran, khusus buat para peminatnya agar mereka dapat menikmati kehidupan di lokasi yang digelar sebagai paling bahagia di dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut pengurusan taman tema tersebut, kawasan komuniti padang pasir itu diilhamkan oleh pasukan Imagineering yang menghasilkan imej janaan komputer ajaib di taman temanya.

Bandar yang digelar sebagai Cotino itu akan dikendalikan oleh para pelakon di Disneyland dan meliputi kawasan lagun biru seluas 9.7 hektar di Lembah Coachella, California.

Pengerusi Disney Parks, Pengalaman dan Produk, Josh D’Amaro berkata, mereka yang menetap di Cotino dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Disney untuk sepanjang masa.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan penduduk di komuniti indah dan unik milik Disney ini, di mana mereka boleh menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan.

“Setiap elemen dalam komuniti ini akan diselitkan dalam sebuah cerita,” katanya.

Bandar Cotino merangkumi 1,900 kediaman yang dibangunkan pada tanah seluas 250 hektar dan akan turut mengetengahkan sebuah kawasan kejiranan untuk peminat Disney berusia lebih 55 tahun. 

Destination: