Fungsi Autopilot Tesla 'Give Up' Apabila Berdepan Dengan Trafik Di Vietnam

PANAS
April 06, 2021 - 06:18 AM


Untuk korang yang tak tahu, Tesla merupakan sebuah jenama kereta yang sangat canggih dan terkenal di seluruh dunia. Tak ada lagi kereta di dalam dunia ni yang boleh melakukan auto pilot sebaik kereta jenama Tesla membuatkan orang ramai kagum dengan teknologi canggih ini. Namun baru-baru ini tular di media sosial mengenai fungsi autopilot Tesla di negara Vietnam.

Video yang berdurasi 27 saat ini menunjukkan sistem auto pilot tersebut 'give up' setelah menganalisa trafik di Vietnam dan mengarah pemandu agar mengambil alih stereng kereta kembali. Video ini mendapat reaksi dari orang ramai kerana fungsi auto pilot ini sangat berkesan dalam keadaan trafik di Amerika Syarikat. Walaupun trafik di sana agak teruk, namun masih lagi boleh berfungsi.

Cuma beza kesesakan trafik di Vietnam dan juga Amerika Syarikat adalah bilangan penunggang motor dan laluan yang sangat sempit dan sesak. Untuk menggunakan sistem auto pilot, kereta Tesla perlu mengenal pasti bilangan kenderaan yang ada di sekelilingnya. Kemudian barulah kereta tersebut boleh melakukan programming untuk mengendalikan fungsi auto pilot.

Tapi kalau bilangan kenderaan di atas jalan melebihi kapasiti, sebagai contoh, lebih dari 20 buah motorsikal pada masa yang sama, ditambah lagi dengan bilangan kereta yang lain, memang tak hairanlah fungsi tersebut gagal. Min juga yakin Malaysia masih lagi belum boleh menerima fungsi canggih ini kerana trafik kita pun lebih kurang Vietnam. Mungkin lebih teruk dari mereka. 

 

Sumber: Autoevolution

Destination: 
Artikel berkaitan