Hotel Pertama Di Angkasa Lepas Akan Dibina Pada 2025 Dan Boleh Didiami Seawal 2027

TERKINI
March 10, 2021 - 08:48 AM


Kita selalu lihat filem-filem sains fiksyen Hollywood yang memaparkan kehidupan di angkasa lepas yang didiami oleh penduduk bumi. Nampaknya perkara ini bakal berlaku tidak lama lagi. Menurut The Daily Mail, syarikat yang bernama Orbital Assembly bakal membina hotel Voyager Station pada tahun 2025 dan kemungkinan besar hotel tersebut boleh didiami seawal tahun 2027.

Design hotel tersebut boleh dilihat gambar di atas dan pod individu terletak di bulatan besar tersebut. Garisan berbentuk X pula merupakan laluan yang menghubungkan antara lokasi-lokasi yang berlainan. Hotel ini boleh menampung 400 orang penumpang dan mempunyai pelbagai kemudahan lain untuk menghiburkan penduduk di sini.

Antaranya adalah restoran, spa kesihatan, gym, panggung wayang, perpustakaan, tapak konsert, ruang viewing untuk melihat bumi, dan bar. Keperluan asas seperti udara dan air bersih serta power akan mengambil sebahagian hotel tersebut. Hotel ini akan berputar setiap 90 minit bagi memastikan graviti artificial menyerupai graviti di bulan terbina di hotel ini. Takkan nak terapung 24 jam kan?

Tanpa graviti, badan manusia akan mula menjadi lemah dalam jangka masa yang panjang. Sebab itu, angkasawan sentiasa bersenam selama beberapa jam setiap hari bagi memastikan muscle mereka tidak menjadi lembik ketika pulang ke bumi. Oleh itu, hotel Orbital Assembly sangat menitikberatkan putaran tersebut kerana mereka ingin memastikan pengunjung boleh duduk sehingga berbulan-bulan di sini.

Sumber: Daily Mail