Wow! Hotel Seri Malaysia Offer Bilik Pada Malam Kedua Hanya RM1
TERKINIBagi korang yang sedang mencari hotel atau penginapan menarik untuk bercuti sempena kebenaran rentas negeri yang diumumkan Kerajaan, baru -baru ini -- korang mungkin boleh memilih rangkaian Hotel Seri Malaysia (HSM).
Ini kerana hotel berkenaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menawarkan promosi bilik dengan hanya RM1 untuk penginapan malam kedua dengan setiap tempahan bilik pada kadar RM188 bagi penginapan malam pertama.
MOTAC, dalam satu kenyataan berkata pakej promosi HSM iaitu rangkaian hotel di bawah kementerian berkenaan, sedang berlangsung dan akan berakhir 31 Dis ini dengan tertakluk kepada terma dan syarat.
"Pakej termasuk sarapan pagi untuk dua orang dan potongan 20 peratus untuk jumlah keseluruhan bil makan dan minum. Dengan hampir 2,000 bilik penginapan di 21 lokasi strategik seluruh negara, HSM menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, WiFi dan aktiviti rekreasi.
"Selain itu, Kafe RASA RASA Seri Malaysia yang menampilkan konsep moden dan sentuhan chef selebriti tempatan untuk memberi keselesaan dan kelainan kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan," menurut kenyataan itu.
Mengulas perkara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata promosi tersebut adalah inisiatif HSM untuk mengalakkan percutian dalam negara dengan amalan norma baharu seiring dengan Kempen Penyemarakan Pelancongan Domestik yang dilancarkan kementerian sebelum ini.
HSM sentiasa mengutamakan kesihatan, kebersihan pengunjung dan persekitaran sebagai objektif utama dalam operasi perhotelan dengan memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dilaksanakan dengan ketat di semua premis HSM.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung promosi itu di talian 03-2299 777 atau e-mel kepada [email protected] -- manakala tempahan bilik boleh dibuat terus di mana-mana cawangan HSM atau melalui [email protected].
Sumber: BERNAMA