Hujung Tahun Ini, Lapangan Terbang Seattle Mula Guna Teknologi Pengecaman Wajah

TERKINI
November 26, 2019 - 11:26 AM


Semakin banyak lapangan terbang di seluruh dunia yang mula memperkenalkan teknologi pengecaman wajah kepada penumpang antarabangsa bertujuan mempercepatkan proses menaiki pesawat.

Terbaharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma (Sea-Tac) di Washington, Amerika Syarikat juga bakal melaksanakan sistem yang dikenali sebagai 'Face Recognition' kepada pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun ini.



Pelancong yang menggunakan perkhidmatan US Delta Air Lines, syarikat penerbangan kedua terbesar Sea-Tac, perlu melalui sistem pengecaman wajah ketika berada di lapangan terbang untuk mempercepatkan proses menaiki pesawat.

Delta akan menjadi syarikat penerbangan pertama mengguna pakai teknologi baharu berkenaan menjelang akhir Disember 2019.

Sistem itu telah dipasang di enam lapangan terbang di negeri ini, bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cepat kepada pelanggan.

Sumber: Bernama

Destination: