Ini Informasi Terkini KWSP Untuk Korang Yang Nak Buat Pengeluaran Khas

TERKINI
March 29, 2022 - 01:59 PM


Bagi anda yang berminat dan benar-benar memerlukan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -- perlu diingatkan bahawa permohonan hanya boleh dibuat melalui portal pengeluaran khas.

Menerusi Facebook rasminya, KWSP berkata untuk memastikan kelancaran urusan permohonan, pencarum perlu memastikan beberapa perkara :-

1) Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengannya

2) Pencarum juga perlu memastikan nombor akaun bank aktif

3) Akaun di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat

4) Ahli KWSP juga perlu menyemak baki simpanan.

Menurutnya, ahli yang tidak boleh mempunyai akaun bank boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.

KWSP berkata, soalan lazim pengeluaran khas akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Sebelum ini KWSP berkata, permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1. 

Sumber: Facebook KWSP

Destination: