Inilah Pahang — Tema Baru Pelancongan Darul Makmur

TERKINI
March 18, 2021 - 04:40 PM


Sebagai langkah untuk melonjakkan semula aktiviti pelancongan di negeri Pahang yang terjejas terus akibat pandemik, Tourism Malaysia telah memberikan penjenamaan semula tema Tourism Malaysia Pahang. 

'Inilah Pahang' atau 'This is Pahang' yang menggantikan ‘Pahang Simply Awesome’ yang digunakan sejak tahun 2019 dianggap sebagai aspirasi baharu kepada pemain industri pelancongan untuk bangkit semula. 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sektor pelancongan merupakan antara sektor yang paling terjejas akibat pandemik, dan kerajaan bertanggungjawab melihat kepada kaedah atau pendekatan baharu bagi membantu operator pelancongan yang kehilangan atau terjejas sumber pendapatan mereka.

‘Inilah Pahang’ akan menjadi permulaan yang membawa lebih banyak lagi promosi lebih rancak akan dari semasa ke semasa selepas rantaian berjaya diputuskan sepenuhnya. Banyak produk pelancongan di Pahang yang masih belum diteroka oleh pelancong dari dalam dan luar negeri, 'Inilah Pahang' bakal mendedahkan orang ramai mengenai kepelbagaian pilihan yang disediakan negeri darul makmur ini. 

‘Inilah Pahang’ bertepatan dengan kekayaan khazanah dimiliki negeri ini, seperti kawasan tanah tinggi, panorama pantai yang menarik dan kepelbagaian budaya.

Destination: