Jadual Perjalanan Tren KTMB Ke Pantai Timur Diubah Berikutan Keadaan Cuaca

TERKINI
December 03, 2019 - 12:42 PM


Perkhidmatan tren ke pantai timur, bermula dari stesen Tumpat diubah dan menurut pengumuman yang dibuat oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perubahan operasi berkenaan melibatkan perjalanan tren bermula dari stesyen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas disebabkan musim tengkujuh yang sedang melanda negeri di Pantai Timur.

Gambar Yang Dikongsikan KTMB

Difahamkan, penumpang dari Stesyen Tumpat , Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren dari Steyen Tanah Merah dan diminta untuk menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesyen berkenaan.

Selain itu, Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang semalam sebaliknya dimulakan dari Stesyen Tanah Merah pada 7.49 petang. Perubahan ini berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.

Dalam masa yang sama, penumpang yang sudah membeli tiket boleh membuat penukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan. Pihak KTMB akan memulangkan harga tiket penuh keatas sebarang pembatalan tiket disebabkan penukaran dan cuaca ini.

Berikut keadaan di kawasan rel pada hari Ahad menurut posting KTMB

Maklumat terkini tentang perkhidmatan tren di Wilayah Timur boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau boleh terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam di 03-22671200.