Jangan Risau, Feri Pulau Pinang Bakal Terus Beroperasi!
TERKINIBaru-baru ini Rileklah ada mengeluarkan satu artikel mengenai Feri di Pulau Pinang yang bakal ditamatkan perkhidmatannya setelah sekian lama beroperasi. Tapi jangan risau guys, ada berita baik untuk korang semua, feri tersebut akan kekal beroperasi di sana!
Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, kerajaan akan memastikan feri ikonik Pulau Pinang tersebut akan terus beroperasi buat masa sekarang.
Dengan bajet RM30 juta yang disalurkan oleh kerajaan kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) secara beransur pada tahun hadapan, rakyat Malaysia terutamanya di Penang tidak perlu risau mengenai status feri kesayangan mereka. Lim Guan Eng berterima kasih kepada Tengku Zafrul untuk keputusan ini dan mengatakan feri tersebut perlu dipelihara dan nilai sejarah tersebut tidak boleh dibeli dengan wang.
Pengalaman menaiki feri ketika bercuti di Pulau Pinang sudah menjadi satu pengalaman yang berharga buat rakyat Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila ramai pihak yang menyuarakan pendapat mereka agar perkhidmatan feri ini tidak ditamatkan. Dengan bajet yang bakal diterima, semoga feri ini mampu bertahan untuk terus berkhidmat kepada pengguna.
Sumber: Free Malaysia Today