JetBlue Diselar Menggunakan Soalan Keselamatan Yang Tak Masuk Akal

TERKINI
November 26, 2019 - 11:55 AM


Syarikat penerbangan bajet Amerika, JetBlue baru – baru ini telah mencetuskan kemarahan di social media apabila salah satu daripada soalan keselamatan yang diajukan kepada pengguna yang membuat tempahan di laman web mereka.

Seorang pengguna twitter dengan nama @_lanaloo berkongsi screenshot daripada laman web syarikat berkenaan dengan soalan “Siapa Nama Anak Kegemaran Kamu?” Soalan ini sememangnya mengundang pelbagai reaksi warga Twitter kerana mempunyai ‘anak kegemaran’ merupakan sesuatu yang tidak baik dalam keluarga.

Dalam satu tweet balasan, pihak JetBlue sempat bergurau sambil menulis “ Tulislah, kamu tahu kamu ada seorang”. Kicauan ini menjadi bahan gurauan netizen apabila ada yang menamakan anjing mereka sebagai ‘anak’ dan ada juga yang berkata mungkin ia berbeza mengikut sikap semasa anak.

Walaubagaimanapun, pihak JetBlue tampil memberikan penjelasan sebenar iaitu soalan sebenar adalah ‘favourite childhood friend’ iaitu rakan baik semasa kecil. Jadi disebabkan kekangan ruang, tulisan tersebut kelihatan pendek pada skrin.

Sengaja nak RT lah tu @_lanaloo ni.