"Real Macam Dekat Airport" - Majlis Persaraan Guru Besar Bertemakan Percutian Raih Perhatian

TERKINI
February 05, 2024 - 12:08 PM


Guru adalah individu yang penting dalam sistem pendidikan. Usaha keras yang dicurahkan pasti akan dikenang apabila mereka mengumumkan persaraan. Antara cara untuk menghargai penat lelah guru adalah dengan menganjurkan majlis persaraan.

Baru-baru ini di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC), sebuah majlis persaraan untuk guru besar mereka telah diadakan dengan tema percutian.

@rumoh.kome Majlis persaraan guru besar sekolah kome. Disebabkan GB kome ni suka p holiday, so sekolah decide utk buat tema percutian.🥰 #fyp #gurubesar #majlispersaraan #temapencen #temahariguru #hariguru #ideahariguru #pencen #majlissekolah #sekolah #sjkckuanghwa ♬ Disappear - Maniak-B

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh @rumoh.kome, di TikTok, majlis persaraan guru besar tersebut dianjurkan dengan tema percutian. Menurutnya, idea berkenaan tercetus kerana melancong adalah hobi kegemaran guru besar berkenaan.

“Majlis persaraan guru besar sekolah saya. Disebabkan guru besar suka melancong, so sekolah decide untuk buat tema percutian,” katanya.

Walaupun majlis berkenaan dianjurkan di pekarangan sekolah, namun kemeriahannya terserlah. Keativiti para guru mengatur ruang, props dan atur cara majlis menjadikan ia begitu unik.

Menerusi video yang berdurasi 42 saat itu, para tetamu dilihat melalui kaunter tiket ‘ala KLIA’ dan akan menerima buku acara yang dicetak seperti pasport dan tiket.

Selepas itu, para tetamu akan self check-in dan melalui pemeriksaan keselamatan (security check). Masuk ke ruang ‘terminal’, sebuah skrin besar sebagai departure information board menunjukkan waktu penerbangan.

Ketibaan para tetamu disambut para guru yang memakai pakaian seragam pramugari dan juruterbang yang siap menunjukkan cara memakai jaket keselamatan.

Tidak lama selepas itu, skrin menunjukkan kapal terbang take-off manakala para pramugari mengedarkan snek berupa kacang dan air mineral kepada para tetamu.

Para tetamu kemudian dihidangkan dengan persembahan pentas oleh murid yang mengambil bahagian. Acara kemuncak ialah guru besar yang diraikan menaiki sky lift sebagai simbolik penerbangan.

Sambutan majlis persaraan guru besar sekolah itu telah mendapat perhatian warganet kerana penganjuran majlis berkenaan kelihatan begitu ‘real‘ biarpun diadakan di sekolah. Tidak kurang juga memuji kecanggihan peralatan dan kos penganjuran yang ditanggung para penyumbang.

Difahamkan majlis itu tidak menggunakan sebarang wang daripada guru-guru. Sebaliknya, pihak sekolah mendapat tajaan dan sokongan penuh bagi menjayakan majlis tersebut.

“SJKC ada dua dana utama. PIBG dan Ahli Lembaga. Selepas itu ibu bapa memberikan sokongan jitu dalam hal dana dan tenaga mereka.

“Kami banyak tajaan. Alhamdulilah cikgu-cikgu tak keluar duit,” jawab pemilik TikTok @rumoh.kome  mengenai kos majlis tersebut.

 

Sumber: TikTok & The Vocket

Destination: