Jom Salur Maklumat Ke SpeedMart, Bantu 1000 Rumah Dapat Pek Bantuan Setiap Hari

TERKINI
July 01, 2021 - 06:04 PM


Minggu ini telah trending di media sosial mengenai Kempen #BenderaPutih bagi membantu golongan yang terputus bekalan makanan dan barang keperluan harian akibat kesempitan hidup disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Ramai pihak yang telah tampil membuka 'pintu' masing-masing bagi menghulurkan bantuan atas nama individu, persatuan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan menyertai kempen murni itu adalah pengendali rangkaian pasar mini paling banyak di Malaysia iaitu 99 SpeedMart.

Menerusi kiriman di Facebook rasmi mereka, 99 SpeedMart meminta kerjasama dan keprihatinan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sekiranya terlihat bendera putih digantung di mana-mana rumah atau kawasan kejiranan masing-masing.

99 SpeedMart menyediakan 1000 pek bantuan barangan sehari untuk diagihkan kepada golongan berkenaan.

Kempen tersebut mula dilaksanakan pada hari ini (1 Julai) sehingga 14 Julai nanti dan melibatkan penghantaran dalam masa 24 jam ke kediaman yang berhampiran dengan mana-mana cawangan 99 SpeedMart sahaja.

Bagi yang ingin membantu jiran sekeliling, sila salurkan maklumat seperti berikut melalui :

- WhatsApp 010-500 0099, Ataupun

- Facebook 99 SpeedMart (Private Message (PM) sahaja)

Info berkaitan :

1. Alamat Tempat Tinggal

2. Gambar Rumah (Gantung Bendera Putih)

Sumber: FB 99 SpeedMart

Destination: