Ketua Ajaran Sesat PMYT Telah Bertaubat
TERKINISeorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Beliau telah membuat ramalan bahawa Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh mengundang reaksi badan bukan kerajaan (NGO) dan agamawan mengenai isu itu
Mesyuarat Khas Muzakarah Kebangsaan Mengenai Hal-hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 15 September lalu memfatwakan PMYT sebagai haram dan mempersembahkan keputusan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah untuk pewartaan.
"Saya menyatakan berdasarkan mimpi bahawa saya akan menyelamatkan mereka yang melakukan perbuatan ahli neraka atau ahli maksiat dari dimasukkan ke neraka di hari pembalasan nanti," katanya.
"Saya menginsafi dan berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan.
"Dengan ini saya bertaubat, kembali ke pangkal jalan, mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.
"Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam dan melaksanakan kebaikan amal makruf nahi mungkar dengan cara baik dan bijaksana berlandaskan prinsip-prinsip pelaksanaannya.
"Justeru saya meminta dan menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti dan mempercayai penyertaan tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan berdasarkan kenyataan saya itu dan kembalik kepada Islam," katanya pada majlis berkenaan.
Sumber: Harian Metro