Leganya Bila Kerajaan Dah Arahkan Harga Tiket Flight Perlu Kembali Normal

TERKINI
July 03, 2020 - 04:32 PM


Kalau sebelum ini kecoh di media sosial apabila ramai yang mempersoalkan dan mengecam harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan lebih mahal daripada tiket kapal terbang ke luar negara.

Namun selepas Kerajaan membenarkan syarikat penerbangan kembali beroperasi dengan jumlah penumpang pada kapasiti penuh -- mereka telah diminta untuk menyelaraskan semula harga tiket ke paras normal seperti sediakala.

Permintaan itu disuarakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata kini tiada lagi alasan lagi untuk syarikat penerbangan menawarkan harga tiket yang tidak munasabah kerana kerajaan sudah membenarkan jumlah penumpang pada kapasiti penuh.

"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP mengambil maklum mengenai isu harga tiket penerbangan yang tinggi, terutama bagi penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Oleh kerana syarikat penerbangan sudah dibenarkan beroperasi dengan jumlah penumpang berkapasiti penuh, mesyuarat khas berpendapat harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada asal seperti sebelum PKP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, hari ini.

P/S: Yeayyy...harapnya lepas ni kita dah boleh Cuti-Cuti Malaysia pergi Sabah, Sarawak dengan tiket flight murah!

Sumber: Berita Harian

Destination: