Lelaki Arab Disyaki Terjun Di Tasik Cermin, Bukan Warga Tempatan

TERKINI
December 14, 2021 - 01:18 PM


Identiti lelaki yang terjun ke dalam Tasik Cermin di sini yang rakaman videonya viral di aplikasi TikTok sejak dua hari lalu belum dikenal pasti tetapi dipercayai mungkin seorang berketurunan Arab.

Sumber Gambar: ExpatGo

Ia susulan rakaman video kedua insiden tersebut yang dimuat naik di laman Twitter oleh pemilik akauan, sul@RasulShamsuddin pada petang semalam.

Video berdurasi kira-kira 9 saat itu pula diambil menerusi penghantaran daripada akaun TikTok Syafiruzafiza iaitu individu awal yang memuat naik paparan berkenaan.

Ia memaparkan lelaki tersebut yang berpakaian serba hitam dalam keadaan basah kuyup memanjat kayu penghalang sebelum berdiri di atasnya dan terjun.

Berdasarkan video ini, individu tersebut dipercayai lelaki sama yang disyaki terjun ke Tasik Cermin pada video terdahulu berdurasi kira-kira 15 saat.

Aksi lelaki ini juga sempat dirakam oleh seorang wanita hanya berdiri beberapa meter dari situ dipercayai pengunjung yang datang ke tasik tersebut bersama keluarganya.

Hantaran video kedua ini turut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Susulan video tular itu, semalam Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya akan menyiasat individu yang terlibat di dalam video tersebut.

Destination: