Lepas Terbang Tanpa Destinasi, Kali Ni Singapura Offer Pula Naik 'Cruise To Nowhere'

TERKINI
October 14, 2020 - 12:41 PM


Jika sebelum ini syarikat penerbangan nasional Singapura, Singapore Airlines pernah menawarkan penerbangan tanpa destinasi -- kali ini tiba pula giliran 2 buah kapal persiaran mewah yang mengadakan promosi belayar tanpa tujuan atau dikenali sebagai 'cruise to nowhere', bermula November depan.

Sebagai projek perintis hanya 2 buah kapal persiaran sahaja yang dibenarkan untuk membuat promosi tersebut iaitu Genting Cruise Lines dan Royal Caribbean International.

Bagaimanapun, pelayaran tanpa destinasi itu hanya terbuka kepada rakyat Singapura sahaja.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) juga mengehadkan kapasiti penumpang bagi setiap perjalanan kepada hanya 50 peratus sebagai langkah membendung penularan pandemik COVID-19.

Pelayaran itu juga bakal menyaksikan ia akan berlepas dan kembali ke pelabuhan yang sama tanpa berhenti di mana-mana destinasi seperti mana kebiasaan sebelum ini.

Kapal persiaran Genting Cruise Lines khabarnya akan mula berlayar pada 6 November depan, sementara Royal Caribbean International hanya akan mula beroperasi pada Disember.

STB memaklumkan kedua-dua kapal persiaran itu dipilih kerana pihak pengurusan telah menunjukkan kemampuan menerapkan protokol dan tindakan pencegahan yang diperlukan.

Semasa pelayaran, calon penumpang juga mesti menjalani ujian Covid-19 sebelum menaiki kapal pelayaran.

 

Mereka juga harus mematuhi protokol kesihatan seperti memakai topeng dan menjaga jarak satu meter daripada kumpulan penumpang lain.

Michael Goh, Ketua Pemasaran Antarabangsa untuk Genting Cruise Lines dan Presiden Dream Cruises, mengatakan bahawa kapal persiaran ini akan memberikan lebih banyak pilihan percutian kepada warga Singapura, selain daripada percutian di darat.

 

"Kami sangat gembira menjadi kapal pesiaran pertama yang memulakan semula operasi, di Singapura, dan memberikan dorongan yang sangat diperlukan untuk industri pelancongan tempatan," katanya.

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan: Demi Survival, Singapore Airlines Keluar Dengan Idea 'Giler' Tawar Penerbangan Tanpa Destinasi!

Destination: