Malaysia Dahulu Senarai Destinasi Percutian Mesra Muslim Terbaik Dunia 2022!

TERKINI
June 02, 2022 - 12:06 PM


Tahun ini, Malaysia sekali lagi mendahului senarai 'Destinasi Percutian Mesra Muslim Terbaik' untuk pelancong beragama Islam!

Pengiktirafan tersebut dikeluarkan oleh Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-Crescent Rating 2022

Turki, Arab Saudi dan Indonesia berada di kedudukan kedua -- manakala Singapura terus menjadi destinasi pelancongan mesra Muslim teratas dalam kalangan destinasi bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diikuti Taiwan, Thailand dan United Kingdom.

"Ketibaan pelancong Muslim antarabangsa mencecah 160 juta pada 2019 dan selepas gangguan pada 2020 dan 2021, kami mengunjurkan ketibaan pelancong Muslim akan mencecah 140 juta pada 2023 dan kembali kepada paras pada 2019 iaitu 160 juta pada 2024.

"Unjuran sebelum pandemik sebanyak 230 juta ketibaan menjelang 2026 kini akan dicapai pada 2028 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak US$225 bilion (US$1=RM4.37)," katanya pada pelancaran laporan GMTI Mastercard-CrescentRating 2022 pada Rabu.

Acara itu diadakan bersempena Halal In Travel-Global Summit 2022. Persidangan dalam talian itu berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun 2022.

Berdasarkan situasi semasa di Ukraine, laporan itu menyenaraikan 138 destinasi berikutan ia telah menyemak kedudukan Rusia dan Ukraine. Destinasi ini kini menyumbang lebih 98 peratus daripada ketibaan pelawat Muslim.

Fazal berkata GMTI menjejaki kesihatan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Muslim dalam empat bidang strategik: akses, komunikasi, alam sekitar dan perkhidmatan.

Beliau mendedahkan bahawa Gen Z, Milenial dan wanita merupakan demografi yang paling berpengaruh dan berkembang dalam populasi Islam dan pelancong wanita mewakili antara segmen yang paling pesat berkembang dalam pasaran pelancongan Muslim.

Oleh itu, beliau optimis bahawa ekonomi akan pulih tidak lama lagi daripada kerosakan akibat pandemik terhadap nyawa dan kehidupan.

Sementara itu, Presiden Bahagian Mastercard untuk Asia Tenggara Safdar Khan berkata Mastercard komited untuk menyokong pemulihan penuh dan berdaya tahan untuk pelancongan global dalam semua profil pelancong.

"Itu sebabnya kami sentiasa bekerjasama dengan rakan kami -- HalalTrip and CrescentRating -- untuk membangunkan pandangan bagi perniagaan dan kerajaan serta membina keupayaan baharu untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan menarik," katanya.

Malaysia kekal sebagai destinasi utama dalam GMTI sejak ia dilancarkan pada 2015.

Sumber: BERNAMA

Destination: