Mulai 10 Feb, Boleh Makan Di Restoran Tapi Terhad 2 Orang Sahaja!

TERKINI
February 09, 2021 - 06:31 PM


Ini mungkin berita gembira untuk anda yang dah lama tak dapat makan di kedai bersama kawan-kawan atau keluarga.

Berkuatkuasa esok (10 Februari 2021) -- Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pelanggan makan di dalam restoran atau secara dine in, namun TERHAD KEPADA 2 ORANG SAHAJA BAGI 1 MEJA dan perlu mengikut SOP yang ditetapkan termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.

Bagaimanapun, pemilik restoran diingatkan agar sentiasa memastikan ada petugas mereka yang menjaga pematuhan SOP serta menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa.

Kredit Gambar: BERNAMA

Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya.

Sebelum ini restoran hanya dibenarkan untuk dibuka sehingga jam 10 malam namun bagi tujuan makanan bungkus atau khidmat take away sahaja. 

Bukan berita itu sahaja malah, Kerajaan turut bersetuju untuk membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bermula Rabu.

Ia melibatkan kedai fesyen, pakaian, perkhidmatan fotografi, kedai bunga, alat permainan, permaidani, peralatan sukan, alat kosmetik, barang dapur, aksesori kenderaan dan sebagainya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Destination: