New Zealand Rekodkan Jangkitan Pertama Sejak 6 Bulan

TERKINI
August 17, 2021 - 06:04 PM


Selepas 6 bulan bergerak bebas tanpa sebarang kes jangkitan Covid-19, New Zeland hari ini merekodkan 1 jangkitan baru Covid-19. 

Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan New Zealdn kini bertungkus-lumus mengesan punca jangkitan. Jabatan kesihatan memaklumkan, kes itu dikenal pasti di Auckland dan barisan menteri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung kes jangkitan tersebut.

Mereka mengambil serius kes jangkitan tersebut kerana sekiranya tindakan awal dapat diambil, ianya mampu mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak

Rakyat New Zeland telahpun dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.

New Zealand setakat ini merekodkan hanya 26 kematian akibat Covid-19 sejak pandemik bermula dan hanya jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 2926.