Pesta Buku Antarabangsa KL 2020 Diteruskan Pada 17-26 Julai Depan
TERKINIJika sebelum ini kita dengar banyak Pesta Buku Antarabangsa di serata dunia termasuk di Kuala Lumpur telah ditangguhkan dan ada juga yang dibatalkan gara-gara penularan pandemik COVID-19 yang semakin kritikal.
Namun, semalam menerusi laman Twitter rasmi Kuala Lumpur International Book Fairs atau KLIBF -- memutuskan tarikh baharu penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 telah ditetapkan pada 17 hingga 26 Julai 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
PERBINCANGAN TARIKH PBAKL 2020.
— klibf.my (@KLIBF) March 22, 2020
Dengan ini dimaklumkan bahawa MBKM telah memutuskan tarikh penganjuran PBAKL 2020 ditetapkan pada 17 hingga 26 Julai 2020, di World Trade Centre KL.
Urusetia Tetap
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
17 Mac 2020
11:30 pagi pic.twitter.com/KOEXaGsivd
Penetapan tarikh baharu itu diumumkan selepas berlangsungnya perbincangan oleh Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Sebelum ini, acara yang paling ditunggu-tunggu oleh si pencinta buku dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April 2020.
Namun ia terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh baharu susulan situasi semasa penularan COVID-19.
Diharap wabak yang sedang melanda dunia ini akan semakin berkurangan dan dapat dipulihkan secara total menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Julai nanti. Insya-Allah.
Baca juga: COVID-19: Pesta Buku Antarabangsa KL 2020 Ditangguhkan