Sebelum Ni Kuarantin Di Rumah, Tapi Mulai Esok Siapa Balik Dari Luar Negara Wajib Kuarantin Di Pusat Yang Disediakan

TERKINI
April 02, 2020 - 04:09 PM


Jika sebelum ini, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu atas inisiatif sendiri mengkuarantinkan diri di rumah masing-masing selama 14 hari.

Namun mulai esok (3 April), mana-mana rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang disediakan.

Kuarantin wajib itu melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak. 

Kemudahan bas akan disediakan untuk membawa semua individu ini ke pusat kuarantin yang disediakan di seluruh negara.

Pada 21 Mac lepas, kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi  penularan wabak COVID-19. 

Pewartaan itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata yang mengumumkan perkara itu berkata terdapat jawatankuasa khusus bagi mengendalikan individu yang dikuarantin di setiap pusat tersebut. 

Malah beliau memberi jaminan bahawa pusat kuarantin yang disediakan adalah mencukupi serta mengikut standard operasi prosedur (SOP) ditetapkan. 

Sumber: Bernama

 

Destination: