Selepas Indonesia, Thailand Pula Bakal Pindahkan Ibu Negara

VIRAL
September 23, 2019 - 10:56 AM


Jika sebelum ini, Indonesia dilaporkan bakal menukar ibu negara mereka ke Kalimantan, Thailand juga dalam satu laporan sebuah portal berita online tempatan dikhabarkan dalam perancangan untuk mengubah ibu negara mereka sekarang, Bangkok ke suatu lokasi lain.

Idea yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha itu mengambil contoh Indonesia dan Mesir yang memindahkan institusi pentadbiran mereka keluar daripada bandar yang sesak dan padat.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha

Berucap dalam satu persidangan ‘Connecting Thailand with the World’ minggu lalu, menurut Prayut, mereka sedang mempertimbangkan dua cara atau pendekatan untuk memindahkan ibu negara mereka.

Pertama : Cari sebuah bandar yang tidak terlalu jauh dan tidak memakan kos yang besar untuk berpindah. Kedua; pindah keluar daripada Bangkok untuk mengurangkan kepadatan.

Walaupun begitu, beliau akui idea perpindahan tersebut perlu disokong dengan kajian menyeluruh ke atas kesan ekonomi dan kesan sosial terhadap negara terbabit.

Sekiranya perpindahan ini berlaku, ia akan mengurangkan ‘sebab’ orang ramai masuk ke Bangkok dan secara tak langsung diharapkan dapat mengurangkan masalah kesesakan. Cadangan ini bakal diketengahkan tidak lama lagi.

Setakat ini, Bangkok mempunyai sekurang – kurangnya 10 juta kenderaan dan ini secara tak langsung meletakkan bandar metropolis ini dalam senarai 10 bandar paling sesak di dunia.

p/s : Agaknya manalah diorang akan pilih jadi ibu negeri baru ye?

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video