Ibu Negara Indonesia Bakal Terletak Di Kalimantan, Bukan Lagi Jakarta
TERKINIRancangan memindahkan ibu negara Indonesia yang telah mencapai tahun ke-10 nampaknya bakal terlaksana apabila presiden mereka Joko “Jokowi” Widodo telah memilih Kalimantan, kawasan negara Indonesia yang terletak di Borneo sebagai pusat pemerintahan terbaru.
Menurut Menteri Pembangunan Indonesia, Bambang Brodjonegoro; Kalimantan dipilih sebagai lokasi baru menggantikan status Jakarta sebagai pusat pemerintahan dan Ibu Negara selepas Presiden Jokowi berpuas hati dengan lawatan beliau ke kawasan berkenaan.
Menurut laporan di Kompas.com, Kalimatan sudah pasti, cuma lokasi terperinci masih belum didedahkan.
Baca Juga : 10 Fakta Unik Tentang Jakarta Ini Bakal Membuat Anda Lebih Mahu Kesana
Pada Mei lalu, Presiden Jokowi telah mengumumkan perpindahan pusat pentadbiran dan ibu negara mereka luar dari kepulauan Jawa dan ini disebabkan terlalu banyak penduduk di pulau berkenaan.
Dalam masa yang sama, Presiden Republik Indonesia berkenaan mensasarkan untuk mewujudkan pusat pemerintahan sama seperti di Washington dan Jakarta akan difokuskan sebagai pusat perniagaan, perdagangan dan kewangan sama seperti peranan New York.
Buat masa ini, ura – ura mengatakan ada dua lokasi yang berkemungkinan besar menjadi pilihan selepas Presiden Jokowi sering berkunjung ke lokasi berkenaan iaitu di Bukit Soeharto, Kalimantan Timur dan Kawasan Segitiga berdekatan Palangkaraya di Kalimantan Tengah.
Bukit Soeharto merupakan kawasan yang berada di antara Panajam Paser Utara dan Kutai Kertanegara. Lokasi ini dikatakan stategik kerana terletak antara Samarinda dan Balikpapan, dua bandar terbesar di Kalimantan dan kedua-duanya mempunyai lapangan terbang.
Dikhabarkan, lokasi Ibu Negara baharu Indonesia ini bakal diumumkan menjelang akhir tahun ini.
Nota Editor : Agak-agak, sekiranya berlaku pertukaran, trend perlancongan akan berubah jugak tak?