Shuib Berhenti Dari Hot FM Dan Sepahtu, Ingin Fokus Pada Bisnes

TERKINI
January 20, 2021 - 02:07 AM


Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib, baru-baru ini membuat keputusan untuk berhenti dari Hot FM dan dunia seni. Ini termasuklah penglibatan beliau di dalam kumpulan Sepahtu. Keputusan ini dibuat kerana beliau ingin memberi fokus dan tumpuan yang lebih kepada perniagaannya yang kini semakin berkembang di Malaysia. 

Menurut Shuib, pengunduran beliau dalam dunia seni dan radio ini bukanlah disebabkan kontroversi yang berlaku pada tahun lepas. Beliau juga tidak pasti berapa lama beliau akan berehat daripada dunia seni ini. Manakala, pengumuman pengunduran dari Hot FM dilakukan pada hari Isnin lepas. Dan Shuib akan bersiaran bersama Geng Pagi Hot (GPH) buat kali terakhir pada hari jumaat ini.

Walaupun sukar untuk melepaskan kerjayanya di Hot FM, namun waktu kerja yang agak panjang menyukarkan beliau untuk fokus ke bisnes. Shuib berkongsi bahawa beliau terpaksa bangun seawal 4 pagi setiap hari. Dan kebanyakan masanya beliau akan duduk di stesen radio hingga petang. Shuib memberitahu bawaha beliau menghargai segala sokongan yang diberikan oleh peminatnya.

Isteri kepada pelawak tersebut, Siti Sarah Raisudin juga memberi sokongan penuh di atas keputusan yang diambil oleh Shuib. Menurut Siti Sarah, kalau Shuib dah buat sesuatu keputusan, itu bermakna beliau dah fikir masak-masak. Dan ini juga bukan kali pertama Shuib menyuarakan pandangan beliau untuk berhenti. Apa pun peminat boleh teruk berinteraksi dengan Shuib di laman media sosial beliau.

Destination: