Solat Tarawih, Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri Dibenarkan Beroperasi Pada Tahun Ini

TERKINI
March 17, 2021 - 11:15 AM


Alhamdulillah, nampaknya kita boleh merasa kembali solat Tarawih di masjid dan surau untuk Ramadhan pada tahun ini. Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri semalam dan segala SOP yang berkaitan dengan kebenaran ini akan dibentangkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing. Bukan tu je, malah bazar ramadhan dan bazar Aidilfitri juga turut dibenarkan beroperasi.

Menurut beliau, keputusan ini telah dibuat setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan dengan SOP yang sangat ketat. Untuk bazar Ramadhan dan Aidilfitri, jarak antara gerai perlu dijaga dan bazar tersebut perlu mempunyai laluan sehala pintu masuk dan keluar. Malah pemeriksaan suhu dan pengimbasan aplikasi MySejahtera juga wajib dilakukan.

Waktu operasi untuk bazar Ramadhan adalah dari 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri pula dari 10 pagi hingga tengah malam. 

"Bagaimanapun kebenaran yang diberikan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk dipatuhi peniaga dan pengunjung bazar Ramadan dan bazar hari raya ini."

Segala operasi ini akan bermula pada 13 April 2021 akan datang. Jadi korang silalah jaga SOP yang ditetapkan dan janganlah ambil mudah perkara ni. Min pasti ramai di antara korang yang rindukan solat berjemaah di masjid dan surau lebih-lebih lagi solat Tarawih. Bazar Ramadhan tu jangan lengah-lengah ya, pergi beli makan terus balik. Kita jaga kita.

Sumber: Berita Harian

Destination: