Starlux Airlines Buat Penerbangan Terus Pulau Pinang-Taiwan, Bermula 23 Jan

TERKINI
January 08, 2020 - 11:36 AM


Wah, siapa sangka Pulau Pinang menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipilih untuk penerbangan terus oleh Starlux Airlines dari Lapangan Terbang New Taipei City.

Dengan penerbangan terus bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan itu yang akan bermula 23 Januari ini, 'Pulau Mutiara' itu juga sekaligus bakal mengorak langkah awal ke arah “Experience Penang Year 2020”!

Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira empat jam setengah,  selepas berlepas.

Pemilihan Pulau Pinang adalah suatu pencapaian yang membanggakan apabila menjadi salah satu daripada tiga bandar antarabangsa yang dipilih selepas Macau (China) dan Da Nang (Vietnam).

Penerbangan terus Pulau Pinang-Taiwan itu dipilih oleh Starlux Airlines selepas meninjau persekitaran pelancongan di Pulau Pinang dan melihat potensi pasaran yang luas.

Melalui tinjauan yang dilakukan sebelum ini mendapati syarikat penerbangan lain yang mengendalikan penerbangan terus Pulau Pinang-Taiwan mempunyai kira-kira 80 peratus kapasiti penumpang setiap tahun pada 2017 dan 2018.


P/S: Harapnya bila lagi banyak syarikat penerbangan buat 'direct-flight' macam ni, makin ramai pelancong bercuti ke negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2020!

Sumber: Bernama

Destination: