Taman Tema DisneyLand Kekal Tutup Sehingga Tahun Depan

TERKINI
April 30, 2020 - 02:59 PM


Tiada percutian ke mana-mana Taman Tema Disneyland sehingga tahun 2021!

Ini kerana taman tema popular di seluruh dunia itu dijangka kekal ditutup sehingga tahun hadapan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Sejak pertengahan Mac lalu -- Disney World, Disneyland California dan Disneyland Paris ditutup berikutan pandemik yang melanda hampir seluruh dunia.

Biarpun tempahan untuk Disney World pada Jun sudah dibuka, tetapi pakar ekonomi memberi amaran bahawa tiada percutian atau holiday akan berlaku sehingga tahun 2021.

Menurut John dalam laporannya yang bertajuk ‘The Eye of The Strom’: “Kemelesetan ekonomi ditambah dengan keperluan untuk penjarakkan sosial, langkah penjagaan kesihatan yang baharu, dan kurangnya jumlah travel cenderung menjadikan perniagaan ini kurang menguntungkan."

Berkemungkinan taman tema itu hanya dapat kembali beroperasi dalam tempoh paling awal 18 bulan bertepatan dengan tempoh vaksin Covid-19 yang dijangka sudah lengkap untuk digunakan.

Sumber: Mstar

Destination: