Terbongkar Akhirnya Disebalik Video Viral Lembaga Putih Di Padang Pasir
TERKINIPada Mei yang lalu tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok mengenai sekumpulan manusia berselubung putih sedang melakukan aktiviti pelik di tengah padang pasir. Video tersebut dikatakan berada di sebuah kawasan misteri di Amerika Syarikat.
Menerusi video tersebut, kumpulan berkenaan seperti sedang melakukan satu upacara dan hingga dikatikan dengan 'Witchcraft'. Pengguna TikTok tersebut yang bernama Jason Cline, penemuan pelik dijumpai apabila dia sedang menggunakan aplikasi Google Earth di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Kata Cline, di dalam klip nya itu terlihat satu lingkaran objek seperti cap jari. Dia sedari sesuatu yang pelik, lalu dia beliau menukar ke mod menjadi pemandangan jalan, dan ternampak sekumpulan manusia berselubung putih sedang mengerumuni lingkaran cap jari tersebut.
@amj_oud 😳😱😳😱😳😱#maps_maroc #amj_oud ##غرائب_الخرائط #foryou
♬ sonido original - Victor Ramos©
Setelah sebulan perkara ini menjadi bual fikiran netizen, video misteri itu telah terjawab apabila seorang pengguna Google Earth lain tampil menjelaskan bahawa imej itu merupakan pameran seni di Rhylite di Death Valley, Nevada. Kawasan itu dikatakan bandar tidak berpenghuni dan kosong seperti bandar hantu.
Difahamkan apa yang disangkan lembaga putih itu sebenarnya adalah binaan arca di pameran seni tersebut. Pameran ini dinamakan sebagai Goldwell Open Air Museum. Sekumpulan individu terkenal dari Belgium yang diketuai oleh Albert Szukalski merupakan orang-orang seniman yang membina seni arca tersebut.
Arca ini dinamakan sebagai 'The Last Supper'.
Arca ini pula bernama, "the Ghost Rider'.
Masih seram bagi korang? Bagi min, min suka sangat konsep kesenian lain dari yang lain.
Selain dari arca berkenaan terdapat beberapa lagi hasil seni dari artis lain yang pada kami agak menarik iaitu Sit Here! 2000 dan juga Icara 1992, menerusi laman sesawang, Goldwell Open Air Museum.
SIT HERE! 2000
Icara 1992
Sumber: Buzzkini