Terminal Feri Antarabangsa Labuan Dipasang Pengimbas Haba Canggih Elak COVID-19

TERKINI
February 20, 2020 - 07:03 PM


Seperti yang kita semua sedia tahu, disebabkan penularan COVID-19, semua lapangan terbang di seluruh negara telah dipasang dengan alat pengimbas haba bagi mengesan penumpang yang disyaki mempunyai simptom wabak berkenaan.

Terbaharu, pintu masuk utama di lautan juga iaitu Terminal Feri Antarabangsa Labuan turut diletakkan pengimbas berteknologi tinggi bagi mengesan sejauh 20 meter, merekod dan menghasilkan analisis serta imej corak suhu permukaan kulit (haba badan/radang) sebagai gambaran fisiologi manusia yang normal atau tidak.

Bukan sahaja COVID-19 malah penyakit berjangkit lainnya juga boleh dikesan menerusi pengimbas berkenaan yang turut berfungsi sebagai sokongan kepada staf perubatan dalam melakukan saringan.

Terminal Feri Antarabangsa Labuan dipilih kerana peranannya sebagai pintu masuk utama pelepasan pelawat tempatan dan luar negara, dari Kota Kinabalu dan Brunei.

Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kesihatan menggunakan pengimbas termometer bergerak di terminal feri itu dalam melakukan saringan ke atas penumpang.

Setakat ini, lebih daripada 35,000 orang yang melalui Lapangan Terbang Labuan, terminal feri serta pekerja tempatan dan asing di pelantar minyak dan gas di Labuan telah diperiksa bagi mengurangkan risiko jangkitan di pulau Mutiara Borneo itu.

Sumber & Kredit Foto: Bernama

 

Destination: