Thailand Lanjutkan Perintah Darurat Kali Ke 12 Sehingga 31 Julai
TERKINIKadang-kadang rasa cemburu dengan negara-negara yang dah mula longgarkan syarat-syarat mengawal penularan wabak pandemik, dan ada negara yang memang dah bebas sampai tak perlu nak pakai pelitup muka pun. Tapi, walaupun kita di satu tahap yang kritikal, kita tidak berseorangan.
Pandemik ni memang memberi kesan yang besar, Thailand baru sahaja mengumumkan yang perintah darurat mereka telah dilanjutkan lagi buat kali ke 12. Bukan biasa-biasa, sekali dorang lanjut, 2 bulan terus. Perdana Menteri mereka, General Prayut Chan-o-cha baru sahaja mengumumkan untuk melanjutkan lagi perintah darurat yang sepatutnya tamat hari ini, 31 Mei 2021, kepada 31 Julai 2021.
Kalau kita tengok pun Thailand kini mengalami peningkatan kes harian dalam angka ribu-ribu dan kes kematian setiap hari yang menyedihkan, dan sambugan kepada perintah darurat dorang buat masa ni memang sangat penting.
Kerajaan mereka kini juga dalam proses untuk mewujudkan lebih banyak lagi pusat kuarantin dan juga hospital sementara bagi mengasingkan mereka yang dijangkiti.