Tiada Lagi PKP Dalam Pengumuman, Kerajaan Hanya Akan Gunakan Terma 'Fasa'

TERKINI
June 29, 2021 - 07:06 PM


Sejak kita memasuki kehidupan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan, PKP ni, min tahu antara bahan bual yang memang terletak je dalam mulut korang adalah "PKP sambung ke?", "bila PKP nak habis?", dan seumpamanya. Jawapannya min masih belum ada lah, hehe. 

Namun, baru-baru ini Perdana Menteri membuat penjelasan bahawa kerajaan tidak lagi akan menggunakan terma PKP dan seumpamanya di dalam pengumuman yang berkaitan, sebaliknya akan menggunakan terma 'Fasa', iaitu PKP negara bergerak ke dalam Fasa 2, 3, dan seterusnya, yang kini berada di dalam Fasa 1. 

Tambahan lagi, Fasa 1 juga tidak diberikan sebuah tarikh tamat yang tetap, dan kerajaan bakal membuat keputusan sama ada negara boleh bergerak ke Fasa seterusnya atau tidak berdasarkan keadaan jangkitan semasa dalam negara. 

Buat masa sekarang, negara perlu mencapai angka bawah 4000 jangkitan untuk 7 hari berturut-turut sebelum boleh bergerak ke Fasa yang seterusnya.