Ustaz Ebit Lew Islamkan 490 Orang Penduduk Suku Bajau Laut Di Semporna

TERKINI
February 02, 2021 - 10:34 AM


Siapa je dalam Malaysia ni yang tak pernah dengar nama Ustaz Ebit Lew, malah penduduk Cina dan India juga sangat mengenali insan yang pemurah ni. Untuk yang tak tahu, Ustaz Ebit Lew ni dah banyak bantu golongan susah hanya dengan menggunakan duit beliau sendiri tau. Dan baru-baru ini ketika sedang memberi bantuan kemanusiaan kepada suku Bajau Laut, satu perkara yang tidak disangka terjadi.

Menurut posting yang dikongsikan oleh beliau, ketika sedang memberi bantuan di Pulau Tatagan, Semporna, ramai yang datang bertanya "Siapa Tuhan?" "Tuhan itu apa?". Sejurus daripada itu, Ustaz Ebit Lew terus mengumpulkan penduduk di sekeliling bot tersebut dan menceritakan tentang agama Islam. Alhamdulillah, mereka terus mengucap dua kalimah Syahadah. 

Sepanjang tempoh 2 hari beliau berada di sana, seramai 490 orang telah memeluk Islam dan mengucapkan dua kalimah Syahadah. Mereka berasal dari 4 buah kampung. Menurut Ustaz Ebit Lew, kawasan Bajau Laut tersebut tidak terletak di mana-mana negara. Hidup penduduk kampung di sana hanyalah atas air dan atas bot, sekali sekala sahaja pergi ke darat.

Antara bantuan yang diberikan adalah pembinaan 3 sekolah dan 6 orang guru juga turut disediakan dan dibayar gaji serta perbelanjaan. Malah bantuan tersebut turut dibantu oleh Komando 69, PGA, dan ATM. Apa pun semoga Ustaz Ebit Lew teruskan usaha beliau dalam membantu golongan yang dalam kesusahan. Semoga rezeki beliau dimurahkan dan diberkati. Amin. 

 

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini....

Posted by Ebit Lew on Sunday, January 31, 2021

 

Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Niat...

Posted by Ebit Lew on Monday, February 1, 2021
Destination: